Prosedur mengemaskini pendaftaran pelajar senior

Sunday, July 19, 2009

Setiap kali pertukaran semester baru, semester pengajian seseorang pelajar akan terus meningkat dan secara automatik status 'MENDAFTAR' dan 'LATIHAN INDUSTRI' seseorang pelajar semester sebelumnya akan bertukar kepada status 'BELUM MENDAFTAR' pada awal sesi baru..

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pihak kolej (Unit Pengambilan) dan Pensyarah Kelas/Penasihat Akademik dalam mengemaskini status pelajar 'BELUM MENDAFTAR' ini...


1. Surat panggilan mendaftar kepada semua pelajar 1&3 (sem lepas) / pelajar tangguh / pelajar tak layak LI (Unit Pengambilan)

dan seterusnya pada hari pendaftaran...

2. Pelajar membayar yuran pengajian di Kaunter Pentadbiran.

2.1 Pelajar yang menjelaskan yuran pengajian akan mendapat resit rasmi kerajaan (kuning) dan seterusnya pelajar berjumpa Pensyarah Kelas/Penasihat Akademik mereka.

2.2 Pelajar yang ingin menangguhkan pembayaran yuran pengajian, perlu membuat permohonan rasmi kepada Pengarah Kolej dan selepas itu barulah boleh berjumpa Pensyarah kelas utk mengemaskini pendaftaran mereka.

Carta Alir Proses yang perlu dilakukan oleh Pensyarah Kelas :-


Paparan student view seorang pelajar :-


3. Pelajar berjumpa Pensyarah Kelas/ Penasihat Akademik untuk update maklumat berikut :-

3.1 Status



3.1.1 Klik pada button tukar



3.1.2 Tukar pilhan pada status BELUM MENDAFTAR --> MENDAFTAR



3.1.3 Tekan button tukar di sebelah bawah



3.2 Update maklumat Yuran Pengajian (Klik utk lihat prosedur)

3.3 Daftar modul semasa / ulang / tebus

3.3.1 Pendaftaran modul semasa (Klik utk lihat prosedur)
3.3.2 Pendaftaran modul ulang/tebus (Klik utk lihat prosedur)

3.4 Update Alamat tetap, alamat semasa dan alamat waris

3.4.1 Alamat Tetap - Alamat surat menyurat pelajar lengkap dengan nama penjaga
3.4.2 Alamat Semasa - Alamat pelajar tinggal selain daripada alamat tetap, update NO HP pelajar di ruangan ini
3.4.3 Alamat Waris - Alamat waris pelajar selain daripada 2 alamat di atas.

(PENTING !! Kegagalan update alamat ini akan menjejaskan permohonan elaun/pinjaman serta proses lain spt keputusan peperiksaan/konvokesyen pelajar tesebut)

4. View page daftar modul pelajar boleh dicetak untuk dilampirkan bersama dengan borang pendaftaran modul pelajar (ISO)

5. PERHATIAN !!! Sila ambil tindakan yang sepatutnya sebelum mendaftar modul ulang dan tebus.

6. Tindakan utk perkara 5 adalah menyemak dengan Jadual waktu induk, semakan dengan pensyarah kursus yang akan ditumpang serta teleh berbincang dan mendapat persetujuan KJKK (jika perlu)

Lihat juga tajuk2 yang berkaitan



0 comments:

Post a Comment

:: Takwim Proses Kerja

:: Post Terkini

:: Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

:: Aktiviti Team.iDBMS

  © Blogger template Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP